Cara Mengaktifkan LandMiles
These Cara Mengaktifkan LandMiles were last updated on Wed, 05 May 2021
Aplikasi LandMiles membolehkan anda Dapatkan Mata Ganjaran Sewaktu Perjalanan Anda.
Kini anda boleh menikmati mata ganjaran setiap kali anda ke tempat kerja atau sewaktu anda membuat penghantaran.
Mata ganjaran yang terkumpul boleh digunakan untuk menukar boucar yang berada di aplikasi LandMiles, anda boleh dapatkan tambah nilai Touch ‘n Go, tambah nilai telephone, voucher tunai McDonald, KFC dan lain-lain.
Aplikasi ini sesuai untuk pemandu kereta, van dan lori sahaja.
Bagi Pemandu Kereta, Van, Lori.
- 1 km = 1 mata ganjaran (harian 100 km)
- Program Baucar Petrol
JAM MEMANDU DAPAT 100 Jam / Sebulan RM 10 Kredit Petrol Jumlah masa memandu dikira secara bulanan dan tidak boleh bawah ke bulan hadapan. Sewaktu memandu aplikasi in akan mengira, jangan buka app tanpa bergerak, kalau tidak bergerak aplikasi ini tidak akan kira
Macam mana nak kumpul? Haa! jom tengok langkah mudah ni.
- Muat turun aplikasi LandMiles di Google Play store atau Apple app store.
- Langkah yang penting, anda harus membenarkan aplikasi ini beroperasi di lata belakang telefon bimbit.
** Pastikan setting telefon bimbit anda pilih ALWAYS ALLOW supaya app in boleh automatik berfungsi mengira dan berikan mata ganjaran ketika screen tutup.
Jika anda tidak membenarkan aplikasi berfungsi ALWAYS ALLOW di latar belakang telefon bimbit anda, maka sewaktu anda menutup screen dan aplikasi di telefon akan tukar kepada SLEEP.
Anda tidak akan dapat mata ganjaran jika aplikasi berada di SLEEP MODE.
Kepada pengguna telefon bimbit Samsung, bagi memudahkan cara install tekan sahaja butang ALLOW sewaktu pasang aplikasi LandMiles . (rujuk pada Gambar 1)

Gambar 1
- Buka aplikasi LandMiles anda and tekan butang on / Active.
Skrin berwarna Merah ini adalah OFF dan tidak berfungsi. Pastikan anda tekan butang ON aplikasi LandMiles skrin akan berwarna Hijau dan berfungsi.

Gambar 2
- Jangan sering reload aplikasi ini, kerana aplikasi akan reload sendiri dalam masa 5 atau 10 minit, pada masa itu anda akan melihat mata ganjaran anda.
- LandMiles tidak akan berfungsi jika telefon bimbit software anda sudah root atau pasang dengan aplikasi GPS tiruan.
“Anda boleh juga melawat laman YouTube, cari ‘LandMiles’ ada banyak video rujukan tentang aplikasi LandMiles”